Perak Hari Ini

Permukiman Menteri Besar- Zambry Tak Mahu Layan Kata Pembangkang

SUNGKAI: “Program permukiman Menteri Besar bukan program bermusim dan hanya untuk pilihan raya semata”, tegas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Jelasnya, amalan permukiman ini telah digembar-gemburkan pihak pembangkang yang menganggap ia merupakan program khusus untuk pilihan raya akan datang.

“Cara mereka begitulah apabila waktu pilihan raya baru timbul, saya tidak mahu melayan mereka dan hanya memberi tumpuan kepada gerak kerja pastikan seluruh rakyat dapat dilawati yang tidak bermusim .

“Ini adalah perjumpaan siri yang ketiga apabila ia telah dimulakan sejak tahun 2013 dan tidak terhenti hanya pada satu ketika,” katanya pada satu sidang media sejurus selepas menghadiri perjumpaan bersama Masyarakat India Sungkai di Dewan Seri Sungkai di sini hari ini.

Program tersebut merupakan program pertama bagi siri Permukiman Menteri Besar di Daerah Mualim yang berlangsung selama lima hari.

Jelas Zambry lagi, pembangkang tidak sepatutnya melihat dari kaca mata pilihan raya tetapi mereka perlu lihat dari segi fakta penganjurannya sejak dahulu lagi.

“Hak untuk berpolitik itu boleh tetapi rakyat jangan sampai ada yang terpedaya disebabkan permainan dan kata-kata manis dan beremosi.

“Janji-janji pihak pembangkang pastinya mereka akan beri apa sahaja sedangkan apa yang kita lakukan disebalik itu mungkin ada kekurangan tetapi kita tetap meneruskan tradisi kita membela rakyat.

“Apa pembangkang buat dengan memerli kami Barisan Nasional angkuh sombong tidak turun ke bawah tapi paling penting adalah bekerja dan rakyat tidak begitu mudah diperdayakan kerana mereka bijak membuat penilaian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");