Perak Hari Ini

Peserta Felcra Dinasihati Jangan Jual Tanah

SLIM RIVER:Para peserta Felcra dinasihati supaya tidak menjual tanah milik masing-masing walau ditawarkan dengan harga tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan,Datuk Saarani Mohamad berkata tindakan itu dilihat semakin berleluasa dan bertambah serius.

“Kita mengesyorkan mereka menyerahkan tanah kepada Felcra kerana ia adalah satu agensi yang membantu memajukan tanah melibatkan tiga kategori iaitu satu tanah pemberian negeri, tanah kepunyaan individu menyerahkan kepada Felcra dan ketiga tanah kerajaan negeri diserahkan kepada Felcra dibangunkan yang keuntungan diagihkan kepada saham Felcra.

“Ada pihak mendakwa duit yang diagihkan menerusi saham Felcra adalah duit peserta sendiri yang mana salah sama sekali kerana ia merupakan keuntungan dari pembangunan tanah pemberian kerajaan negeri kepada Felcra,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Projek Felcra Seri Gala dan Projek Felcra Kampung Pasir.

Tambahnya lagi bagi peserta Felcra yang telah menyelesaikan pembayaran premium akan diberikan hak milik tanah tersebut namun ia membimbangkan tindakan penjualan tanah kepada pihak lain.

“Perkara ini serius kerana didapati pelbagai kes penjualan tanah dan ada peserta yang telah diperalatkan hingga pemohonan ditolak oleh pihak Pejabat Tanah Dan Galian (PTG).

“Janganlah setelah mendapat tanah, dengan mudahnya menjual atau mengadaikannya,” katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya peserta Felcra tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membangunkan tanah mereka boleh meminta pihak agensi kerajaan negeri membantu membangunkannya.

 

“Bila harga sawit jatuh dividen akan menurun dan pembangkang akan menggunakan situasi ini menghasut para peserta termasuk mengatakan duit saham itu daripada kutipan duit peserta sendiri namun saya tegaskan itu adalah fitnah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");