Isu Panas

PKR Selangor Beri Insentif Pada Jemaah Haji Dengan Syarat?

Tindakan PKR Selangor memberika insentif khas RM500 kepada Jemaah haji dari negeri itu rupanya ada’Udang Disebalik Batu’.

Patutlah nampak mulia berikan insentif wang rupanya niat sebenar mereka adalah untuk meminta Jemaah haji yang menerima wang mendoakan parti itu. Adeh la hai.

Sebelum ini, jemaah haji Selangor diharap mendoakan supaya pimpinan negeri itu dapat terus memberikan perkhidmatan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, jemaah haji Selangor diharap mendoakan supaya pimpinan negeri itu dapat terus memberikan perkhidmatan di negeri itu.

Malah, ada kepimpinan PKR Selangor yang menyatakan bahawa parti berkenaan sangat mengharapkan agar jemaah haji Selangor akan dapat mendoakan kemenangan parti itu.

Apa-apa pun, nak beri bantuan insentif pun sepatutnya ikhlas lah tanpa mengharapkan sebarang balasan, apatah lagi insentif itu diberikan kepada rakyat yang ingin beribadat.

Nampaknya, PKR Selangor  bergitu terdesak nak menang PRU akan datang. Atau mungkin disebabkan kepimpinan parti itu sudah merasakan zaman kegemilangan mereka telah berakhir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");