Jenayah

Polis Rampas Heroin Tahan 2 Pengedar Dadah

KUANTAN – Polis menahan dua  pengedar dan merampas dadah jenis heroin seberat 2.26 kilogram bernilai RM56,300 dalam satu serbuan di kawasan tempat letak kereta di Bentong tengah malam semalam.

Dua lelaki berusia 30-an itu diberkas pada pukul 12.30 tengah malam ketika sedang menunggu pelanggan di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios di kawasan parkir kenderaan di bandar berkenaan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Supt Lam Thiam Huat berkata ketika pemeriksaan dilakukan polis berjaya menemui dadah berkenaan yang disorokkan di dalam kereta itu.

 “Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku bekalan dadah berkenaan dibawa dari Pulau Pinang untuk dijual kepada  pengedar di sini.

“Dadah itu kemudian diedar kepada penagih di sekitar Felda di daerah Temerloh dan Maran,” katanya kepada pemberita di sini.

Lam berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman seminggu di IPD Bentong dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis berharap agar orang ramai terus memberi kerjasama menyalurkan maklumat jika mengesan individu atau kegiatan yang mencurigakan berkaitan pengedaran dadah di kawasan mereka,” katanya – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");