Perak Hari Ini

PPPNP Sediakan Kompleks Kuaters Bersepadu Untuk Kemudahan Pekerja Dan Penduduk Setempat

TANJUNG TUALANG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini merasmikan Dewan Serbaguna dan Kompleks Perumahan Kakitangan Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), dekat Sugai Galah pada Khamis.

Zambry yang gembira dengan kewujudan kemudahan berkenaan turut menyatakan bahawa kuaters pekerja itu secara tidak langsung dapat menjaga kepentingan mereka.

“Dengan adanya kompleks ini ia akan memudahkan urusan pekerja dari segi kebajikan diri dan juga keluarga mereka”, katanya.

Kompleks yang dibina di atas tanah seluas 5,000 hektar ini menyediakan 20 unit pangsapuri dan dua buah rumah semi-D yang dilengkapi dengan perabot, dewan serbaguna, pusat jagaan kanak-kanak, surau, pejabat serta pos pengawal polis bantuan.

Tambah Zambry, PPPNP juga merupakan salah satu badan yang bertanggungjawab dalam membasmi kemiskinan khususnya dalam kawasan luar bandar.

 

“Sekarang ini sudah pun lebih dari 2,000 peserta untuk menyertai program Ladang Rakyat, khususnya dikalangan golongan miskin, dimana mereka ini akan mendapat pelbagai manfaat daripada pembangunan ladang tersebut khususnya dari segi modal dan juga hasil-hasil setiap tahun”, katanya.

Zambry juga berkata walaupun sektor peladangan ini mempunyai cabaran pasaran dan juga cuaca yang tidak menentu namun, PPPNP tidak pernah gagal memberi bonus yang baik kepada semua pekerjanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Eksekutif PPPNPk, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman berkata kemudahan kompleks ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja mereka namun, ia juga memberi manfaat kepada penduduk setempat.

 

“Seperti dewan serbaguna ini, selain untuk pekerja kita, penduduk kampung setempat juga boleh menyewa dan mengunakan ia untuk acara-acara kenduri, perkahwinan dan sebagainya dan secara tidak langsung, penduduk setempat dapat merasai kemudahan ini”, katanya.

Tambah Ahmad Rizal, PPPNP sekarang ini juga turut mengkaji dan sedang mencari kawasan-kawasan ladang yang lain bagi mewujudkan kompleks seperti ini.

Kompleks yang pertama ini mendapat kelulusan pada tahun 2014 dan mengambil masa 16 bulan disiapkan serta menelan belanja kira-kira RM8.7 juta.

Untuk kuaters, seramai 20 keluarga pekerja tempatan akan mula berpindah dalam masa terdekat dan pemilihan dipilih berdasarkan pekerja yang telah berkhidmat dalam tempoh lima tahun ke atas dan mempunyai rekod disiplin yang baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");