Perak Hari Ini

Premis Perniagaan Digesa Patuhi SOP Penyelenggaraan Lif Dan Eskalator

IPOH: Kerajaan negeri menggesa semua premis agar mematuhi penyelenggaraan lif dan eskalator mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) khususnya yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia (JKKP).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Shamsudin Abu Hassan berkata perkara ini harus dipandang serius agar dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pengunjung.

 

“Setiap premis awam dan perniagaan sama ada pusat membeli-belah, hospital, hotel mahupun bangunan-bangunan kerajaan harus mematuhi prosedur penyelengaraan lif dan eskalator supaya ia dapat mengelakkan sebarang kemalangan secara mental mahupun fizikal kepada orang awam,” katanya.

Berikutan kejadian kali kedua lif rosak di mana melibatkan 10 orang mangsa terperangkap di sebuah pasar raya dekat sini pada 29 Julai lalu, Shamsudin mengarahkan agar pasar raya tersebut melakukan beberapa penambahbaikkan bagi mengelakkan dari ia terus berulang.

“Selain penyelenggaraan berkala, saya  juga telah mengarahkan agar pihak pasar raya dapat meletakkan seorang pegawai, berdekatan dengan kawasan lif tersebut bagi  melakukan pemerhatian dan pemeriksaan secara lebih kerap.

 

“Pada masa sama, saya juga telah mengarahkan agar kamera litar tertutup (CCTV) dan juga interkom kecemasan dapat di pasang di dalam lif di mana selain dapat melihat keadaan lif dengan lebih kerap, ia juga dapat menghindari sebarang kejadian jenayah seperti ragut berlaku di dalam lif,” ujarnya.

Pada masa sama, Pengarah JKKP, Ir Mohd Hatta Zakaria berkata, mengikut SOP, sebarang lif ataupun eskalator harus menjalani tiga fasa penyelenggaraan iaitu, setiap bulan pertama dan bulan ketiga seterusnya, ia harus di selenggara oleh pihak yang berdaftar dan setiap 15 bulan pula pihak JKKP akan mengadakan pemeriksaan.

Selain itu, ketua cawangan pasar raya berkenaan berkata mereka menerima baik segala saranan dari kerajaan negeri dan ia akan dilaksanakan selepas mendapat lampu hijau dari JKKP dan juga dari ibu pejabat pengurusan pasar raya tersebut.

 

Beliau berkata demikian selepas Shamsudin dan beberapa pegawai JKKP dan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan lawatan kepada perkembangan penyelengaraan lif yang rosak tempoh hari, di sebuah pasar raya dekat Meru pada Isnin.

“Hasil siasatan kita dapat merumuskan ia hanyalah disebabkan masalah bekalan eletrik dan bukanya seperti kes lalu yang melibatkan pasangan warga emas iaitu, kecuaian pihak pengurusan”, kata Shamsudin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");