Jenayah

Premis Sembelih, Jual Daging Anjing Diserbu

SIBU: Polis Sibu telah menahan seorang pengusaha gerai makanan selepas menyerbu sebuah premis menyembelih serta menjual daging anjing di Lorong Rambutan di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah, berkata lelaki berumur 54 tahun itu yang juga pemilik premis terbabit ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan menyembelih dan menjual daging anjing.

Turut dirampas dua ketul daging anjing.

Beliau berkata, suspek mengaku terlibat dalam kegiatan tersebut dan akan direman untuk siasatan lanjut.

Turut serta dalam serbuan berkenaan ialah pegawai daripada Jabatan Veterinar Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan terdapat satu lagi kes baru rabies dari Kampung Ampungan, Serian selepas melalui ujian makmal dan menjadikan empat kes dicatatkan di negeri ini.

Dua kanak-kanak meninggal dunia kerana penyakit itu manakala seorang lagi dilaporkan masih kritikal dan tenat di Hospital Umum Sarawak.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");