Isu Panas

PRU-14 Bakal Penentu Landskap Politik Dan Keselamatan Negara -Hishamuddin

LENGGONG: Keputusan Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14 nanti bukan sahaja bakal menentukan landskap politik negara malah ia mungkin melibatkan keselamatan negara, khususnya dalam dunia yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas – Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata ancaman keganasan ini bukan sahaja berlaku di Timur Tengah namun, beberapa petanda sudah dapat jelas dilihat di negara jiran khususnya di Filipina.

“PRU kali ini bukan sahaja penentu senario politik kita malah ia amat berkait rapat dengan soal keselamatan dan keamanan negara kita di rantau ini khususnya dalam mendepani ancaman pengganas yang dapat dilihat telah memasuki di kawasan-kawasan selatan Filipina”,katanya.

 

Tambah beliau, kestabilan dan keamanan politik di negara ini mungkin akan berubah jika kepimpinan yang ada sekarang ini tidak mendapat mandat yang besar pada PRU akan datang.

Beliau berkata demikian merasmikan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Lenggong Kali ke-14 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Lenggong di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong, pada Ahad.

Pada masa sama, Hishamuddin berkata suatu manual yang diberi nama, Manual PRU-14 telah diwujudkan bagi membantu jentera Barisan Nasional dan UMNO menghadapi PRU kali ini.

 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Manual PRU-14 ini berkata, ia dalam masa sama bertujuan bagi mengenalpasti calon-calon yang boleh diterima rakyat untuk PRU nanti.

“Melalui manual ini, kita akan memastikan calon-calon yang bakal bertanding itu akan senang diterima rakyat dan juga kita akan memastikan jentera kita ini bekerja mengikut suasana semasa”, kata Hishammudin.

 

Manual yang baru dilancarkan di Lenggong dan bakal ke seluruh negara itu juga akan memastikan golongan-golongan sasaran seperti para peneroka Felda, golongan muda serta ahli Veteran Angkatan Tentera Malaysia memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti.

“Kita gunakan pendekatan baharu ini bagi mengenalpasti kualiti sokongan kepada kita kerana, seperti di Parlimen Pekan sendiri ada yang kita dapat kesan ahli-ahli tidak menyokong kita, namun bukan kerana perjuangan, tetapi karana hasutan pihak pembangkang dan juga ada yang rasa tidak puas hati kerana tidak dapat BR1M, bantuan dan sebagainya”, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");