Isu Panas

PRU14: Johor Hampir Pasti Diperintah DAP?

JOHOR BAHRU – Rakyat Johor telah bersedia untuk menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO dan diperintah DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mendedahkan, rakyat Johor telah bersedia menumbangkan UMNO kerana mereka telah berubah dan mahukan demokrasi.

Sehubungan itu, beliau mengesahkan kenyataan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa DAP menyasarkan Johor dalam PRU14.

“DAP tahu pengundi di Johor mementingkan demokrasi dan mereka telah bersedia untuk berubah.

“Johor adalah negeri utama yang diharapkan oleh pakatan pembangkang untuk menerapkan demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP merupakan sebuah parti liberal dan sekular yang mengetuai pakatan pembangkang yant dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Chin Tong berkata, kerusi Parlimen yang hampir pasti dirampas pakatan pembangkang dalam PRU14 adalah Labis, Segamat, Ledang, Muar, Pasir Gudang, Pulai, Tebrau, Johor Bahru dan Pagoh.

Malah, kata beliau, semakin ramai kaum Melayu di Simpang Renggam, Tanjong Piai dan Ayer Hitam kini menyokong pakatan pembangkang.

Justeru, katanya, DAP tidak perlu memindahkan penyokongnnya ke Johor untuk menang PRU14.

“Pembangkang akan melakukan yang terbaik untuk menang di Johor secara adil,” katanya.

-MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");