Perak Hari Ini

Pulau Sembilan Kekal Sebagai Taman Negeri

IPOH: Kerajaan Perak hari ini mengekalkan status Pulau Sembilan sebagai Taman Negeri dimana ia sekaligus menjadikan sebarang cadangan untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai Taman Laut adalah tidak dapat diteruskan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pengekalan status Pulau Sembilan sebagai Taman Negeri itu bertujuan bagi menjaga industri perikanan di kawasan perairan berdekatan.

“Kerajaan Negeri berpandangan bahawa sekiranya Pulau Sembilan dijadikan sebagai kawasan Taman Laut, ia akan memberi impak yang besar dan menjejaskan industri perikanan khususnya kepada nelayan-nelayan di kawasan Bagan Datuk, Hutan Melintang, Pulau Pangkor, Pantai Remis dan sebahagian kawasan Lekir”, katanya.

Tambah beliau, perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan dan perbincangan berkenaan isu ini akan diadakan kelak.

Zambry berkata, proses perundangan juga sedang dijalankan bagi mengenakan tindakan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan menceroboh pulau-pulau tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");