Perak Hari Ini

Rabies: 366 Ekor, Anjing dan Kucing Divaksin

TAIPING:Pihak Jabatan Veterinar Perak telah memvaksin sebanyak 366 ekor haiwan iaitu melibatkan sebanyak 127 ekor anjing dan 239 ekor kucing di Kuala Sepetang setakat hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)  Negeri Perak, Dr Fuziah Muhayat operasi pemvaksinan sedang dilakukan dalam satu kilometer dari lokasi kes jangkitan Rabies.

“Operasi bancian dan survelan telah dijalankan di dalam 10km radius dari lokasi kes jangkitan rabies dengan keseluruhan populasi haiwan sebanyak 1898 ekor(bilangan anjing sebanyak 499 ekor dan kucing sebanyak 1399 ekor) dengan jumlah pemilik seramai 673 orang,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Malah jelasnya jumlah pemusnahan untuk persampelan pula melibatkan sebanyak 83 ekor anjing terbiar (stray dog).

Tambahnya lagi, operasi kempen kesedaran tentang penyakit Rabies dan kawalannya telah dijalankan dari rumah ke rumah yang melibatkan keseluruhan kepada 2,956 orang pemilik haiwan.

“Jumlah keseluruhan 16 sampel kepala anjing telah diambil dan dihantar ke VRI Ipoh untuk pengesanan penyakit Rabies,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");