Perak Hari Ini

Rakyat Jangan Mudah ‘Digula-Gulakan’ Dengan Janji -MB Perak

MANJUNG:”Rakyat jangan mudah ‘digula-gulakan’ oleh mereka, begitu ulasan Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai pembaharuan matlamat yang dibuat Pakatan Harapan dengan menyasarkan perubahan politik melalui pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Tegas Zambry pengumuman itu hanya sekadar usaha untuk menyakinkan rakyat dan cerminan kepada janji “kalau-kalau” sekiranya mereka mendapat mandat memerintah kerajaan.

“Matlamat untuk membentuk sebuah negara hanya datang kemudian namun matlamat asas adalah meletakkan seseorang yang paling ideal.

“Mereka hanya ingin menjatuhkan seseorang dan diberikan janji-janji sebagai contoh kalau mereka membentuk kerajaan mereka beritahu pada rakyat janji dahulu namun dari segi kawalan harga minyak terbukti tidak boleh dikawal oleh negara tetapi mengikut harga pasaran dunia,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri majlis sambutan aidilfitri peringkat Parlimen Lumut hari ini.

Katanya lagi, idea kepada cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah dibincangkan sejak dahulu lagi semasa era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Idea (GST) bukan idea yang baru rakyat boleh persoalkan ada atau tidak mereka membincangkan perkara itu semasa zaman Mahathir dan Anwar.

“Dalam kenyataan itu katanya beri mereka kerajaan dahulu..jangan kita terpengaruh dan leka selepas mereka mendapat mandat akan ada alasan yang digunakan.

“Semua itu usaha untuk menyakin rakyat, dan  alasan “Kalau”.. ini semua jenis carca marba dan auta sahaja,” katanya.

Pakatan Harapan terdahulu mengumumkan pelaksanaan, perkara-perkara berikut dalam tempoh 100 hari selepas PRU, jika diberikan mandat oleh rakyat iaitu menghapuskan GST;Menstabilkan harga petrol;memerangi rasuah hingga ke akar umbi;menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan memulihkan FELDA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");