Isu Panas

RoS Tolak Logo Pakatan Harapan, Tun M Akur

PUTRAJAYA ? Tidak sampai dua minggu struktur Pakatan Harapan diumum, blok pembangkang itu menerima ‘tamparan’ apabila logo baharunya ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Perkara itu sudah djangka pelbagai pihak waima bekas aktivis seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard pernah mendakwa logo pakatan tersebut akan juga ditolak RoS kerana ia mengelirukan masyarakat.

Mantan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang dipecat kerana lantang mengkritik kepimpinan partinya itu malah mendedahkan nama Harapan tersebut sudah jelas digunakan oleh beberapa badan siasah tempatan berdaftar lain.

Terbukti jangkaan Chegubard adalah benar apabila pada Jumaat, media tempatan melaporkan RoS menasihatkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengubah semula logo blok pembangkang itu.

Ia dimaklumkan beliau ketika hadir ke pejabat RoS di sini untuk proses pendaftaran pakatan berkenaan dan pegawai jabatan itu menyatakan lambang blok empat parti berkenaan perlu memasukkan sekali perkataan Pakatan.

“Mereka menasihtkan kami mengenai logo dan simbol kerana berpendapat lambang tersebut sebagai tidak sempurna apabila tidak meletakkan sekali nama Pakatan Harapan,” kata Mahathir yang juga Pengerusi PPBM.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas selesai menyerahkan pendaftaran blok pembangkang berkenaan dan mendakwa masalah kecil tersebut konon boleh diselesaikan mereka hanya dalam masa dua hari.

“Mereka (RoS) bagaimanapun tidak memberikan sebarang tempoh masa untuk tujuan ini tetapi kami akan cuba menyelesaikannya dalam masa dua hari lagi,” jelas Mahathir yang juga bekas presiden UMNO selama 22 tahun.

Untuk rekod setakat ini sudah ada dua organisasi politik telah mengguna pakai perkataan Harapan iaitu Harapan Rakyat oleh bekas tokoh PKR Sabah, Lajim Ukin dan Parti Harapan Malaysia oleh aktivis sosial, Zamil Ibrahim.

Sebelum itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada 3 Mei lalu menjadi bahan jenaka netizen apabila menerusi akaun Facebooknya mendedahkan tiga cadangan logo Pakatan Harapan yang bukan sahaja ‘buruk’ tetapi amat kelakar.

Pakatan Harapan melakar sejarah apabila memiliki tiga bos yang berbeza iaitu Mahathir selaku pengerusi, seterunya sendiri, Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan si isterinya pula, Wan Azizah Wan Ismail menjadi presiden.

Namum ramai penganalisis politik mendakwa blok itu sebenarnya didalangi DAP sendiri dan ia diakui beberapa tokoh kanan parti cauvinis tersebut yang menyifatkan Mahathir bukan pemimpin pakatan. – Mynewshub.cc/HAA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");