Membawang Hari Ini

Saleem Iklim Dipindahkan Ke Wad Biasa

KESIHATAN penyanyi lagenda Rock tanah air, Saleem Iklim dilihat semakin bertambah baik dan akan dipindahkan ke wad biasa.

Perkara tersebut disahkan menerusi laman Instargram milik Saleem yang kini dipantau oleh anaknya untuk mengkhabarkan kesihatan bapanya itu.

“Alhamdulillah, syukur kepada kuasa Allah SWT, Saleem menampakkan perubahan positif dan Insya Allah bakal dipindahkan ke wad biasa.

“Sempat saya berseloroh dengan abah, kata lepas ini kita buat comeback ‘kaw-kaw’! kasi pecah.

“Abah kemudian gelak, dah lama tak tengok dia gelak macam tu, rindu sangat,” memetik catatannya di laman Instagram.

Sebelum ini, Saleem ditempatkan di bawah jagaan pakar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat jangkitan kuman.

Menurut isterinya Juriah @ Julia Bachok, Saleem sebelum ini ada ketumbuhan di bahagian bawah perut sebelum ia merebak dan menyebabkan kesihatan penyanyi itu terjejas.

Dalam pada itu, tular pelbagai cerita-cerita palsu sejak penyanyi tersebut dimasukkan ke hospital mendakwa Saleem telah meninggal dunia dan penyakit yang dialaminya itu berpunca daripada pengambilan bahan terlarang.

Sehubungan dengan itu, anak Saleem, Nursyafiq Farhain meminta agar orang ramai meghentikan cerita-cerita palsu terhadap kesihatan bapanya yang kini terlantar di hospital.

Menerusi Facebooknya, Nursyafiq berharap orang ramai menghentikan cerita yang tidak betul sebaliknya mendoakan perkara yang baik.

Sementara itu, anaknya turut mengucapkan terima kasih kepada sahabat karib ayahnya semasa berada di hospital.

“Saleem turut menerima kunjungan sahabat karibnya seperti Ali XPDC, Ustaz Najib dan juga Mel Wings, Jazakumullahu Khairan!” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");