Jenayah

Seorang Maut, Lebuh Raya Di Singapura Runtuh

SINGAPURA: Seorang lelaki terbunuh manakala 10 yang lain cedera, selepas lebuh raya bertingkat yang dalam pembinaan runtuh.

Memetik laporan AFP, pihak berkuasa berkata, pekerja yang maut dan tiga mangsa yang cedera warga China, manakala tujuh lagi mangsa adalah warga Bangladesh.

Kira-kira 60 anggota kecemasan bergegas ke lokasi nahas yang berlaku sebelum subuh itu. Beberapa gambar tersebar di internet menunjukkan pasukan penyelamat melakukan pencarian di celah runtuhan.

“Ketika kemalangan, 11 orang sedang bekerja di atas struktur itu. Seorang maut manakala 10 yang lain cedera,” kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura, sambil menambah mangsa cedera sudah dihantar ke hospital.

Pihak berkuasa pengangkutan sudah memulakan siasatan terhadap punca kemalangan bagi mengenal pasti sama ada wujud kecuaian atau kekurangan yang perlu diatasi segera.

Kemalangan dalam sektor pembinaan jarang berlaku di Singapura kerana negara itu mempunyai peraturan keselamatan yang ketat.

Kebanyakan kerja pembinaan di negara itu dilakukan pekerja asing yang datang ke Singapura dengan permit pekerjaan jangka pendek.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");