Isu Panas

Serbuan Premis AAGR: Polis Masih Anggap Yusuf Azmi Bersalah?

Setelah beberapa hari isu berkaitan serbuan PPIM ke atas premis pajak kenderaan milik syarikat AAGR kecoh di laman sosial, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang komen dari Ketua Polis Kajang susulan jutaan netizen melabel beliau telah menerima sogokan dari syarikat berkenaan.

Ini kerana, selepas kekecohan itu berlaku, Polis Kajang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yusuf Azmi selaku ketua kepada misi serbuan berkenaan akan ditahan kerana melakukan pencerobohan ke atas premis terbabit.

Perkara itu ternyata menimbulkan tidak puas hati dikalangan netizen kerana Polis Kajang dilihat seolah-olah memihak kepada syarikat yang melakukan jenayah dan bukannya kepada mangsa.

Polis Kajang sepertinya terus mengambil tindakan sebaik sahaja menerima laporan daripada Syarikat AAGR yang dipercayai milik Datuk Kabi sedangkan sebelum ini puluhan laporan dibuat oleh mangsa yang terpaksa menanggung risiko akibat ditipu oleh syarikat berkenaan.

Persoalannya, mengapa Polis Kajang begitu prihatin dengan laporan Datuk Kabi itu dan hanya memandang sebelah mata laporan yang dibuat kesemua mangsa berkenaan.

Tindakan itu ternyata menyebabbkan netizen mengganggap bahawa berlaku sesuatu yang melibatkan wang antara polis dan syarikat AAGR. Jika tidak, mengapa pihak polis tidak membuat sebarang tindakan sepanjang laporan dibuat oleh mereka sebelum ini.

Atau, adakah polis Kajang bertindak seperti gengster berlesen dan seolah-olah menjadi barisan hadapan kepada kumpulan-kumpulan yang melakukan jenayah seperti ini di kawasan berkenaan.

Sekiranya anggapan ini benar, maka ia ternyata bakal menimbulkan kemarahan keapda orang awam malah intergriti PDRM juga akan tercemar. Apa tidaknya, anggota keselamatan yang selama ini dipercayai dan diyakini boleh mengawal keselamatan orang awam rupa-rupanya menerima wang sogokan dari gengster dan menyebabkan mereka begitu kebal melakukan jenayah.

Maka selepas ini, pada siapa untuk orang Kajang bersandarkan keselamatan mereka. Polis yang ada lebih cenderung menutup mata demi wang sogokan yang diterima.

Tidaklah kita menyatakan kesemua polis bersikap sedemikian, namun berdasarkan kenyataan Ketua Polis Kajang sendiri yang melabel Yusuf Azmi sebagai penceroboh maka perkara ini sepertinya telah bermula dari peringkat atasan lagi.

Yusuf Azmi menerusi PPIM, selaku individu yang mendengar suara dan rintihan mangsa telah bertindak susulan polis Kajang tidak melakukan tugas mereka namun akhirnya, beliau pula yang dipersalahkan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");