Isu Panas

Serlah Kemampuan Menang Pilihan Raya: TPM

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri mahu Parti komponen BN menyerlahkan kemampuan untuk menang pilihan raya di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti seperti MCA, MIC dan Gerakan seharusnya tidak hanya berharap untuk menang di kerusi yang majoriti pengundinya ialah orang Melayu.

“Kita melihat rakan-rakan kita dalam komponen BN, mereka sukar menang di kawasan bukan Melayu, ini hakikat,” kata n??aib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden parti itu ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bukit Bintang di sini pada Ahad lapor Bernama.

Hadir sama, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Abidin Mohd Rafique.

Ahmad Zahid berkata, apa dinyatakannya itu bukan satu kritikan tetapi tanda keikhlasan Umno untuk memastikan rakan komponen BN menang.

Dalam hal ini, Ahmad Zahid berkata, Umno terlalu baik walaupun ada sedikit anggota dan pemimpinnya yang tergores.

“Tetapi tidak adil kalau bebanan itu hanya diberikan kepada Umno. Berapa banyak lagi kawasan Melayu yang kita beri kepada rakan kita demi rasa kebersamaan,” katanya.

Mengambil contoh di Perak, Ahmad Zahid berkata, tiada satu kerusi yang dimenangi MIC tetapi kerusi Speaker Dun tetap diberi kepada parti itu selain jawatan penasihat khas di pejabat Menteri Besar Perak.

Beliau seterusnya berkata, Umno kekal relevan di kawasan yang tidak ditandinginya atau kubu kuat pembangkang.

“Sebagai contoh, walaupun Bukit Bintang ini dilihat tidak ada masa depan untuk BN, namun Umno di kawasan ini boleh membantu kawasan lain mencapai kemenangan kerana penduduk di kawasan Bukit Bintang ini kebanyakannya mengundi di kawasan lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");