Perak Hari Ini

Simpan Daging Kambing & Babi, Tiada Kes Dilaporkan Di Perak

TANJUNG MALIM:Tiada sebarang aduan dan laporan diterima pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Perak berkaitan isu penyimpanan daging babi bercampur daging kambing yang kecoh akhir-akhir ini.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman bagaimanapun tegasnya, pihak KPDNKK Negeri akan mengambil langkah proaktif untuk menjalankan pemeriksaan di premis-premis yang dikenalpasti.

“Setakat ini di Perak tiada lagi aduan diterima pihak kami tetapi kami akan memantaunya,” katanya.

Terdahulu,Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing yang dibawa masuk dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.

Pihak MAQIS turut merampas bekalan daging anggaran 120 tan bernilai kira-kira RM2 juta yang diletakkan dalam kontena sejuk beku, hasil maklumat dari orang awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");