Perak Hari Ini

Skim Kawalan Harga Hari Raya 2017, Catat Penurunan Ketara

TANJUNG MALIM:Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017 yang dijalankan pada 17 Jun sehingga 30 Jun lalu menunjukkan penurunan yang ketara berbanding tahun lalu sekaligus mencapai matlamat yang dihasratkan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembanguna Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil,Datuk Samsudin Abu Hassan berkata penurunan ketara berlaku apabila hanya empat kes direkodkan bagi negeri ini melibatkan kesalahan peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga khas merah jambu.

“Sepanjang 14 hari skim berlangsung 1,410 pemeriksaan telah dijalankan melibatkan perniagaan borong dan runcit dan berbeza pada tahun lepas sebanyak 19 kes dilaporkan.

“Bagi tahun ini sahaja sejumlah RM700 nilai kompaun dikeluarkan dan rampasan sebanyak RM596,” katanya pada satu sidang media sejurus selepas menghadiri walkabout ke pasar Awam Tanjung Malim di sini hari ini.

Beliau terdahulu turut meninjau harga barangan dan beramah mesra bersama peniaga dan pelanggan di pasar itu bersempena program permukiman Menteri Besar di Daerah Mualim yang masuk hari keempat hari ini.

Turut hadir, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Perak, Saifullizan Kamarul Zaman dan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri, Khairul Anwar Ahmad.

Tambahnya lagi, sepanjang skim kawalam harga berlangsung bekalan bagi 19 jenis barangan yang dikawal di negeri ini didapati mencukupi dan dijual pada harga yang munasabah.

“Skim ini telah mencapai sasaran apabila tiada aduan mengenai kenaikan harga barangan kawalan, penurunan yang ketara jumlah kesalahan pada tahun 2017 berbanding 2016 dan bekalan barang kawalan juga mencukupi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");