Isu Panas

SPR Tidak Campur Tangan Isu CEC

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan, pihaknya tidak mahu campur tangan dalam urusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkaitan isu calon DAP yang berkemungkinan hilang kelayakan untuk bertanding pada PRU14.

Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, pihaknya hanya akan membuat keputusan selepas isu antara DAP dengan RoS diselesaikan.

“Masalah antara DAP dengan RoS ini membabitkan undang-undang.

“Oleh itu, sebelum ROS membuat sebarang keputusan muktamad, adalah terlalu awal untuk pihak SPR membuat sebarang komen mengenai hak kelayakan calon DAP berkenaan,” katanya memetik laporan China Press.

Menurut Mohd Hashim, biarlah DAP menyelesaikan masalah mereka terlebih dahulu kerana SPR tidak mahu campur tangan dalam urusan R0S.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, DAP dikehendaki mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu, ekoran pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti berkenaan pada 29 September 2013 dianggap tidak sah.

Katanya, beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kemudian menyarankan supaya apa juga tindakan yang diambil ROS haruslah berlandaskan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan DAP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");