Jenayah

SPRM Siasat FIC Beli Hotel Di London

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berkaitan dengan pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara tahun 2013 dan 2015.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata siasatan dijalankan berikutan susulan maklumat baharu diperoleh dalam siasatan terhadap Felda Global Ventures (FGV).

Katanya, pihak SPRM juga telah mengarahkan pasukan penyiasat bertindak atas maklumat itu.

“Pasukan penyiasat mengambil dokumen berkaitan pembelian hotel itu dan dalam proses menilai serta meneliti semua maklumat diperoleh.

“Berdasarkan siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

“Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malah jelasnya beberapa saksi penting akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan sebelum tindakan lanjut diambil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");