Sukan Hari Ini

Spurs Nafi Bakal Dibeli Pemilik Facebook

LONDON: Tottenham Hotspur menolak dakwaan wujudnya perbincangan pengambilalihan kelab itu seperti dilaporkan media British yang mendakwa seorang pembeli berpotensi ditunjangi pemilik Facebook, Mark Zuckerberg bersedia membida kelab dengan nilai 1 bilion pound (RM5.54 bilion).

The Sunday Times melaporkan sebuah firma pelaburan Amerika Syarikat (AS), Iconiq Capital sudah melakukan perbincangan dengan beberapa firma lain bagi merencana langkah membeli Spurs.

Laporan menyatakan dana San Francisco itu menguruskan kewangan beberapa jutawan Silicon Valley, termasuk pengasas Facebook.

Pada 2001, Joe Lewis yang berpangkalan di Bahamas membeli Tottenham menerusi pelaburan kenderaan ENIC, yang memiliki 85.55 peratus kelab.

Tottenham menamatkan musim Liga Perdana tahun lalu di kedudukan kedua di belakang seteru London, Chelsea untuk sekali lagi layak ke Liga Juara-Juara.

Spurs membina stadium berkapasiti 61,500 tempat duduk di White Hart Lane dengan nilai 800 juta pound (RM4.43 bilion) dan akan menggunakan stadium nasional di Wembley musim ini sebelum kemudahan baharu itu dapat digunakan kelab pada kempen 2018-2019.

Dalam laman web mereka, Tottenham berkata, “Kelab mendapatkan Rothschild untuk menjamin pembiayaan bagi pembinaan stadium baharu ini. Seperti dijangka banyak kertas kerja muncul selepas itu termasuk hutang bank dan pelaburan ekuiti.

“Pada 31 Mei 2017, kelab mengumumkan mengenai penyelesaian hutang bank untuk stadium baharu menerusi satu konsortium bank yang membabitkan Bank of America Merrill Lynch International Limited, Goldman Sachs Bank USA dan HSBC Bank.

“Majlis percaya yang ini adalah penyelesaian optimum bagi kepentingan penyokong, pekerja dan pemegang saham dan untuk daya pembangunan berterusan kelab ini. Majlis tidak mempunyai sebarang perbincangan mengenai tawaran pengambilalihan kelab.”, kata kenyataan kelab.

Pada 31 Mei lalu, Tottenham mengumumkan yang kelab sudah menandatangani 400 juta pound (RM2.2 bilion), pinjaman lima tahun untuk membiayai kos pembinaan stadium baharu itu.

 

-REUTERS

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");