Perak Hari Ini
Like

SUPERB XIV : Peserta Perlu Pamer Aksi ‘Superb’

July 25, 2017
177 Views
0 Comments
1 minute read
SUPERB XIV : Peserta Perlu Pamer Aksi ‘Superb’

IPOH:Seramai lebih 1,000 peserta yang mewakili 13 kontinjen dari seluruh negeri bakal berentap pada Kejohanan Sukan DWI Tahunan Pejabat-Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri SeMalaysia (SUPERB XIV) yang berlangsung pada 24 Julai sehingga 29 Julai ini.

Perak dipilih selaku tuan rumah bagi pengajuran kali ke-14 setelah ia dianjurkan di Negeri Terengganu pada 2015.

Majlis pembukaan SUPERB XIV telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zambri Man.

Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Ghazali Jalal semasa menyampaikan ucapan berkata lebih 1,000 orang peserta akan berkampung di Perak melibatkan atlet, pegawai sukan dan para pengiring setiap negeri.

“Para peserta akan menunjukkan kehebatan masing-masing melibatkan tujuh acara iaitu Pingpong, Badminton, Tenpin Bowling, Futsal, Dart, Karom dan Golf.

“Terengganu merupakan negeri yang menghantar peserta paling ramai iaitu sebanyak 107 peserta,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam ucapan perasmian sebentar tadi berkata,para peserta disaran menunjukkan semangat setia kawan dan persahabatan selain ‘superb’ dalam setiap acara yang dipertandingkan kelak.

“Semua perlu tunjuk semangat setia kawan persahabatan, sukan adalah tali silaturahim antara kita dan terjemahkan dalam semangat setiakawan dan ‘superb’ dalam setiap acara,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.