Jenayah

Suspek kelar leher bapa ditahan reman 7 hari

BAHAU: Seorang lelaki yang dipercayai mengelar leher bapanya sehingga mati di FELDA Lui Timur, dekat sini, Ahad lalu, direman selama tujuh hari bermula hari ini. 

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret, di sini, selepas permohonan dikemukakan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Asisten Superintendan Md Yusof Ahmad. 

Tahanan reman itu membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap lelaki berusia 45 tahun itu. 

Suspek yang memakai baju lokap polis tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dan permohonan reman dibuat pada jam 11 pagi. 

Dia ditahan oleh pasukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan IPD Jempol, di sebuah ladang di Sungai Pelek, Sepang, Selangor, kira-kira jam 2 petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad lalu, S Valaytham, 73, ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh anggota polis peronda yang datang ke rumahnya selepas menerima panggilan kecemasan daripada jirannya. 

Jiran mangsa terdengar pertengkaran serta jeritan mangsa sebelum mendapati lelaki itu terbaring di ruang tamu rumah berkenaan. 

Mangsa meninggal dunia tidak lama selepas polis tiba dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

 Siasatan awal polis mendapati mendapati suspek dipercayai marah dan menyerang mangsa selepas tidak mendapat sejumlah wang yang dimintanya.
-BH ONLINE 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");