Jenayah

Syabu RM270,900 Dalam Bungkusan Teh Cina

TAWAU: Polis telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki serta merampas 3.87 kilogram syabu disorok dalam bungkusan teh Cina bernilai RM270,900 dalam serbuan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Serbuan yang dilakukan sepasukan tiga pegawai dan 11 anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) dan Strike Team (ST) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau itu diketuai Asisten Superintendan Ederian Masaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata penahanan kesemua suspek warga tempatan berumur 31 hingga 61 tahun itu dilakukan kira-kira 10.30 malam susulan maklumat orang awam.

Katanya, pemeriksaan dalam bilik penginapan empat suspek itu menemui satu beg plastik hitam mengandungi empat bungkusan plastik teh Cina jenama ‘Guanyinwang’ yang di dalamnya ada hablur lutsinar dipercayai dadah jenis syabu.

“Turut dirampas ialah dua kenderaan pacuan empat roda serta sebuah Perodua Myvi yang dipercayai digunakan untuk tujuan pengedaran dadah di negeri ini,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Fadil berkata, polis tidak menolak kemungkinan sindiket dadah itu mempunyai rangkaian dengan kumpulan pengedaran dadah di Indonesia dan kini giat memburu anggota kumpulan yang masih bebas.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek pertama mempunyai rekod berkaitan dadah pada tahun lalu.

“Kesemua suspek direman tujuh hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pelucuthak Harta 1988,” katanya.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");