Berita Hari Ini

Taiwan Uji Bas Tanpa Pemandu

TAIPEI: Sebuah bas elektrik bersaiz kotak yang bergerak di sepanjang jalan di sebuah universiti di Taiwan dilengkapi dengan alat sensor khas berteknologi tinggi.

Bagaimanapun,menurut sumber Reuters kenderaan ini bergerak tanpa pemandu.

Ia memperlahankan kenderaan dan berhenti apabila seorang pelajar melintas jalan di hadapannya.

Bas tersebut kemudian meneruskan perjalanan selepas pelajar berkenaan telah melintas jalan.

“Saya fikir sistem ini mempertingkatkan keselamatan sebagaimana kereta api bawah tanah,” kata Sam Tu, seorang alumni di Universiti Kebangsaan Taiwan baru-baru ini mengenai pandu uji bas elektrik tanpa pemandu buatan Perancis, EZ10.

Tu yang hadir bersama ibu bapanya menaiki bas tanpa pemandu tersebut buat pertama kali.

Katanya, EZ10 seperti sistem kereta api bawah tanah yang mengambil penumpang dari satu titik ke satu titik yang lain, menerusi laluan khusus yang boleh dijangka dan amat baik untuk alam sekitar.

“Bagaimanapun, pengguna memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan keadaan ini,” ujar Tu.

Mengenai uji pandu bas tersebut, ia dirancang secara teratur terhadap EZ10 yang dikeluarkan oleh syarikat dari Perancis, EasyMile SAS.

“Ia boleh menjadi laluan pertama atau terakhir yang menghubungkan dengan bas atau metro,” kata Martin Tin, Ketua 7Starlake Co, syarikat yang berpangkalan di Taiwan dan menyasarkan untuk membawa bas kompak tanpa pemandu ke negara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");