Jenayah

Tak Sempat Rompak, Lelaki Maut Jatuh Tingkat Empat

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat empat Blok 45, Flat Perumahan Taman Ungku Tun Aminah di sini, ketika cuba melarikan diri selepas gagal memecah masuk sebuah kediaman di situ, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata dalam kejadian jam 7.10 pagi, pengadu membuat laporan polis memaklumkan ternampak seorang lelaki memecah masuk rumahnya.

Katanya, menyedari kehadiran pengadu, suspek melarikan diri dengan memanjat tembok sambil memegang besi tembok di tingkat empat berkenaan.

“Besi tembok yang dipegang lelaki itu kemudian patah dan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya di kawasan bangunan berkenaan.

“Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan cedera parah di bahagian belakang kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Taib berkata, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan memiliki empat rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");