Jenayah

Tercekik Kuih Koci, AJK UMNO Mersing Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU: Seorang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Mersing meninggal dunia akibat tercekik kuih koci, pada semalam.

Kejadian itu sejurus selepas Mohd Samsi Sapan, 56, menziarahi jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Ali Hassan di Taman Nong Chik, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata Mohd Samsi tercekik ketika sedang makan bersama tiga rakannya di sebuah kedai di Jalan Nong Chik, pada jam 10.30 pagi.

“Mohd Samsi tercekik ketika makan kuih itu dan tidak dapat bernafas.

“Beliau dibawa oleh rakannya ke klinik berdekatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, sebelum disahkan meninggal dunia, ” katanya menerusi kenyataan di sini.

Shahurinain berkata, pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dalam kematian Mohd Samsi yang berasal dari Kulai.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");