Isu Panas

Tuduh Anak MB Johor Sertai Pembangkang- DAP Sengaja Alih Isu ROS

JOHOR BAHRU – Sudah menjadi lazim kepada pembangkang dimana apabila membuat kenyataan langsung tidak memikirkan fakta sebenar, asalkan ia boleh mencetuskan kontroversi serta impak negatif kepada BN.

Terlajak ‘statement’, akibat begitu lancing menyatakan bahawa Akmal Saufi Mohamed Khaled, anak Menteri Besar Johor itu cenderung dan telah memasuki salah satu parti pembangkang maka kepimpinan DAP kini dituntut memohon maaf secara terbuka.

Bukan sahaja permohonan maaf, DAP juga perlu menarik balik laporan tidak bertanggungjawab itu yang dipercayai disiarkan di portal milik parti tersebut kelmarin.

Akmal Saufi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru berkata, laporan disiar portal itu sama sekali tidak benar kerana beliau masih ahli UMNO, malah masih bergiat melaksanakan objektif penubuhan parti itu.

Mungkin kepimpinan DAP sedang cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu ROS parti itu dan membuat kenyataan bodoh berkaitan Akmal.

Namun akhirnya, sekali lagi DAP terpaksa menanggung malu kerana tuduhan itu ternyata palsu dan sengaja diwujudkan.

Pada hari Isnin 10 Julai 2017,Akmal dimaklumkan bahawa sebuah laporan telah disiarkan di sebuah laman sesawang milik Parti DAP Malaysia.

Laporan tersebut secara langsung telah menuduh bahawa dia cenderung dan telah memasuki salah satu parti pembangkang di Malaysia.

“Laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana saya masih ahli UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, perbincangan bersama peguam sudah dilakukan dan hasilnya, satu surat kepada parti politik yang memiliki portal tersebut dikeluarkan meminta mereka menurunkan laporan tidak bertanggungjawab itu dan meminta maaf secara terbuka dengan kadar segera.

Beliau berkata, UMNO telah banyak berbakti kepada negara ini terutama di tempat kelahirannya di Johor Bahru dan bagi meneruskan bakti tersebut, ia perlu dilestarikan dengan keterusan bakti dari ahli generasi baharu dengan tunjuk ajar dan hikmah ahli-ahli yang lebih berpengalaman.

“Jadi, mana mungkin saya akan berpaling tadah kepada amanah dan tanggungjawab ini?,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");