Perak Hari Ini

Twit MRT Kajang- Sindiran Sinis Najib Pada Pemimpin Pembangkang

IPOH: Sindiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap Langkah Kajang susulan pembinaan Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) di kawasan itu ternyata dapat membuka mata sesetengah pihak.

Setiusaha Pemuda BN Perak merangkap Naib Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat, Iqbal Jamal Jamaludin berkata twit yang berbaur sindiran terhadap Langkah Kajang pernah ‘hangat’  dan gagal pada sekitar tahun 2014 yang lalu itu sedikit sebanyak akan dapat ‘menarik perhatian’ kepada pihak-pihak yang selama ini tak nampak apa kebaikan yang kerjaan dah buat

“Sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, banyak perubahan yang telah dilakukan cuma mereka (pembangkang) sengaja buat-buat tak nampak dan mungkin dengan cara ini, ia dapat membuka mata mereka dan lihat segala usaha membantu rakyat oleh kerjaaan Barisan Nasional. Sindiran-sindiran ‘kecil’ ini cara zaman sekarang”, katanya ketika diminta untuk mengulas berkenaan twit yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah memuat naik gambar papan tanda Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang dengan kapsyen, “The real Kajang Move. Coming to you in seven days” (Langkah Kajang yang sebenar. Akan datang kepada anda dalam tujuh hari lagi).

Iqbal menambah, walaupun kerajaan sedia maklum bahawa Kajang merupakan kawasan pembangkang namun dek kerana kelembapan pemimpinnya maka pembangunan kurang memberangsangkan.

“Kita tahu itu tempat pembangkang (Kajang) namun, ini membuktikan secara jelas, BN sentiasa meletakan kesejahteraan sebagai matlamat utama dan bukan 24 jam berpolitik sehingga tidak buat kerja”, katanya.

Pada masa sama, dalam satu laporan lain, Naib Presiden PKR yang juga pemain utama dalam merancakan Langkah Kajang, Rafizi, turut berkata “Saya fikir rakyat akhirnya dapat faedah”.

Ini secara tidak langsung beliau mengakui yang projek MRT yang diterajui kerajaan BN ini, khususnya di Kajang, memberi kebaikan kepada rakyat setempat.

Langkah Kajang berlaku sekitar tahun 2014, dimana Selangor yang diterajui PKR, mengalami krisis politik apabila dilihat sebagai satu usaha untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");