Perak Hari Ini

Wakil Rakyat Berundur, Keputusan Baik Untuk Parti

BAGAN SERAI:Kesediaan wakil rakyat dari UMNO untuk berundur dan berjanji akan terus memberi sokongan padu kepada parti itu merupakan perubahan yang baik kepada proses peremajaan parti itu.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Serai,Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, sikap yang dipamerkan pemimpin itu merupakan satu keputusan yang baik untuk dicontohi semua.

“Ada pemimpin yang insaf dan sedar tak akan junjung langit sampai bila-bila.. dan jika kita sudah lama menggalas jawatan pastinya yang dirancang telah dilakukan dan kita perlu beri peluang kepada pemimpin muda lain,” katanya mengulas tindakan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi memberi peluang kepada muka baharu menggantikan mereka.

Jelas Dr Azmi lagi, fokus parti kini adalah memilih calon “winnable” dan “likeable” yang berpihak kepada pucuk pimpinan serta rakyat.

“Rakyat akan menunjukkan calon mana yang disukai selain sebagai hakim dan kepimpinan atasan perlu perhalusi calon yang bersesuaian.

“Ia satu keputusan yang baik kepada pemimpin itu kerana dia insaf dan sedar dimana dia patut berada beri laluan kepada pemimpin baru,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, berikutan kemajuan dan perubahan era media sosial kini, pucuk pimpinan disaran untuk lebih teliti dan arif mengenai pemilihan calon-calon yang akan bertanding kelak.

“Kita perlu menerapkan konsep cepat bertindak dan bantu apa yang termampu buat rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");