Perak Hari Ini

‘Ziarah Kasih’ Beri Bantuan, Pemeriksaan Kesihatan Pada Golongan Memerlukan

IPOH:Sebanyak 21 pemilik rumah di Kampung Tengku Hussin Manjoi di sini menerima kunjungan sukarelawan daripada pelbagai agensi menerusi Program Ziarah Kasih sempena pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa peringkat negeri Perak yang berlangsung hari ini.

Menurut Pengarah Penerangan Perak, Razali Kidam Manjoi menjadi lokasi pertama bagi salah satu pengisian program yang dirangka pihak Jabatan Penerangan selaku penganjur program tersebut.

“Terdapat pelbagai program diatur bertempat di bulatan Amanjaya di Meru melibatkan semua lapisan masyarakat dan bagi kali ini kita menggunakan pendekatan berkunjung rumah ke rumah dan menyampaikan bantuan serta pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Program Ziarah Kasih kali ini turut disertai oleh wakil kakitangan perubatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Ulu Kinta yang memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada penerima bantuan.

Turut serta Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) yang menyumbangkan bantuan kotak makanan.

Sementara itu, bagi ADUN Manjoi Adun Manjoi, Mohammad Ziad Mohamed Zainal Abidin yang turut hadir meninjau serta melawat para penerima menyifatkan program kali ini satu usaha yang cukup baik bagi mendekati golongan memerlukan.

“Kita telah menziarahi ke 21 buah rumah yang terdiri daripada golongan miskin dan kita dapati keadaan kesihatan mereka juga kurang baik malah usaha ini satu langkah yang baik kerana ia mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau turut berharap agar agensi kerajaan lain dapat mencontohi langkah yang diambil Jabatan Penerangan untuk turun padang melawat sendiri golongan yang memerlukan.

“Sekurang-kurangnya usaha ini dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");