Jenayah

10 Maut Kereta Api Tergelincir Di India

NEW DELHI: Seramai 10 orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera selepas sebuah kereta api ekspres tergelincir di utara India semalam, kata pihak berkuasa.

Petugas kecemasan berusaha mengeluarkan mangsa yang terselamat dan menghantar mereka yang tercedera ke hospital selepas lima gerabak tergelincir awal petang semalam, lapor BH Online melalui AFP.

“Sepuluh orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera. Kebanyakan yang cedera sudah dibawa ke hospital,” kata ketua pegawai perubatan P S Mishra melalui telefon.

Polis berkata mayat mangsa turut dibawa ke hospital, tetapi angka korban masih tidak dapat disahkan.

Menurut pegawai kanan polis, Jitender Kumar kepada AFP, fokus mereka sekarang adalah untuk memindahkan mangsa yang terselamat.

Kemalangan itu adalah bencana terbaru yang melanda negeri paling padat penduduk di India.

Ia berlaku hanya seminggu selepas berpuluh-puluh kanak-kanak mati di sebuah hospital yang kehabisan bekalan oksigen.

Laporan kerajaan pada 2012 menyebut hampir 15,000 orang terbunuh setiap tahun akibat kemalangan kereta api di India dan menyifatkan kehilangan nyawa itu sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’ tahunan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");