Jenayah

10 PATI Indonesia Dicekup Edar Dadah

JOHOR BAHRU – Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam satu serbuan di Jeti Minyak Beku, Batu Pahat, dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata mereka yang terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita berusia antara 35 tahun dan 45 tahun itu, ditahan dalam sebuah bilik pusat peranginan kira-kira 4 petang.

Ia susulan penemuan dadah jenis syabu seberat 2.2 kg bernilai RM150,000 yang dipercayai untuk diedarkan kepada sindiket di Indonesia.

“Ketika tangkapan, kesemuanya sedang menunggu giliran untuk menaiki feri ke Tanjung Pinang bagi menyambut Hari Raya Haji. Sambil itu, mereka membawa bekalan dadah berkenaan.

“Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing yang dilakukan kemudian mendapati kesemua mereka negatif dadah,” kata beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");