Berita Hari Ini

2 Jemaah Haji Malaysia ‘Ditahan’ Di Makkah Tapi…

MAKKAH – Dua jemaah haji Malaysia kecut perut apabila ‘dicekup’ pihak berkuasa Arab Saudi di Masjidilharam di sini semalam hingga mencetuskan suasana gempar tetapi ada cerita di sebaliknya.

Mereka sebenarnya bertuah apabila dipilih secara rawak daripada ratusan ribu jemaah lain untuk menerima hadiah dan penghargaan khas daripada imam masjid paling suci umat Islam itu, Dr Abdul Rahman Abdul Aziz Al-Sudais.

Majlis ringkas penyampaian cenderamata kepada kumpulan jemaah tersebut diadakan di Masjidilharam dengan kesemua penerima penghargaan itu masing-masing mendapat senaskah al-Quran, sejadah dan air zamzam.

Mohamad Khair Jamaen, 48; dari Negeri Sembilan dan Suhaim Wan Ab. Hamid, 43; dari Kelantan dipilih secara rambang bersama-sama dengan lapan jemaah haji dari negara lain untuk menerima penghargaan berkenaan.

“Pihak berkuasa Arab Saudi menarik saya semasa saya sedang hendak memulakan solat Maghrib di masjid. Saya tidak tahu apa kesilapan yang telah saya buat. Saya jadi takut.

“Saya besyukur, rupanya saya insan bertuah kerana diberi penghargaan ini,” kata Mohamad Khair selepas menerima penghargaan itu kepada wartawan Malaysia di Masjidilharam, di sini semalam.

Dia bersama sembilan lagi jemaah haji telah dibawa ke satu kawasan berkarpet dan berpagar untuk melalukan solat maghrib di situ, tanpa mengetahui apa yang akan berlaku.

Wartawan Malaysia, Ainol Amriz Ismail (Utusan Malaysia); Ahmad Lokman Mansor (New Straits Times), Elmi Rizal Elias (Bernama) dan Nasharuddin Muhammad (Harian Metro) berpeluang menyaksikan majlis itu.

Sementara itu Wan Suhaimi yang terpisah dengan isterinya, Nadzrimah Moktar, 40; dan gagal menghubunginya melalui telefon kerana ‘ditahan, dalam majlis bersejarah tersebut.

“Saya terkejut ditahan tapi akhirnya saya bersyukur kerana diberi penghargaan ini. Saya berpeluang bertemu dan bersalam dengan Imam Masjidilharam,” katanya sambil tersenyum.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman web rasmi Masjidilharam, pemberian hadiah itu adalah sebahagian dari kempen “Berkhidmat untuk jemaah haji adalah satu penghormatan bagi kami”.

Terdahulu majlis serupa diadakan pihak Masjidilharam

Kesemua penerima penghargaan itu mendapat senaskah al-Quran, sejadah dan air zamzam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");