Jenayah

280 Pelajar Kelantan Positif Pil Kuda Tahun Ini

KOTA BHARU: Seramai 280 pelajar sekolah menengah di Kelantan dikesan terbabit dengan pengambilan pil kuda sejak Januari tahun ini.

Bilangan itu dikesan hasil saringan yang dibuat oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terhadap 3,797 pelajar yang diperiksa.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin, berkata selain Kelantan, Kedah, Perak dan Sarawak adalah negeri yang paling tinggi berdepan dengan penyalahgunaan dadah.

“Faktor berhampiran dengan sempadan mempengaruhi kepada peningkatan kepada pembabitan dadah memandangkan amat mudah mendapatkan bekalan.

“Di Kelantan pula, Pasir Mas adalah daerah paling tinggi mencatatkan pelajar yang terbabit dengan pil kuda,” katanya selepas merasmikan ‘Program Pemberdayaupaya Komuniti’ anjuran AADK negeri Kelantan di sini, hari ini.

Abd Halim berkata, dalam usaha menangani pembabitan pelajar dengan penyalahgunaan dadah, AADK sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah menerusi guru Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) serta kaunselor yang dilantik.

Katanya, semua pelajar yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah itu dihantar menyertai program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) selama tiga hari dua malam yang dikendalikan oleh AADK negeri, bagi menyedarkan mereka mengenai bahaya dadah, seperti dilaporkan BH Online.

Beliau berkata, program hari ini adalah bagi menggerakkan pemimpin masyarakat bersama komuniti dalam melaksanakan program pencegahan dadah di kawasan masing-masing.

“Ia juga bagi mewujudkan kefahaman bahaya penyalahgunaan dadah serta menyampaikan maklumat terkini berkenaan penyalahgunaan dadah di kalangan generasi muda,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");