Jenayah

302 Saman, 20 Motosikal Disita Dalam Op Tutup

KUALA LUMPUR – Sebanyak 302 saman dikeluarkan manakala 20 motosikal disita polis dalam Op Tutup di Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut di sini, lewat malam tadi.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, selain motosikal, operasi yang diadakan selama lebih dua jam bermula pada 10 malam itu turut menyita sebuah kereta.

“Antara kesalahan mereka ialah tidak mempunyai lesen dan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Usaha penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan bagi mencegah kegiatan mat rempit dan kesalahan-kesalahan lalu lintas yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Nadzri berkata, lebih 450 motosikal diperiksa dalam operasi yang disertai seramai lebih 70 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");