Jenayah

4 Remaja Sebar Gambar Rogol Ditahan

KOTA BHARU: Empat remaja ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar seorang remaja perempuan yang didakwa dirogol pada November tahun lalu.

Lapor BH Online, suspek seorang lelaki dan tiga perempuan berusia 14 hingga 17 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Bachok.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata tangkapan itu dibuat susulan laporan mangsa berusia 15 tahun yang menyedari gambarnya dalam keadaan aib itu mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

“Mangsa membuat laporan pada Sabtu lalu di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bachok berikutan malu dengan penyebaran gambar terbabit.

“Kejadian rogol itu berlaku pada November tahun lalu di sebuah kilang terbiar di Gunong, Bachok,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dengan suspek lelaki itu adalah kawan rapat manakala remaja itu bersekolah di sekitar Bachok.

“Suspek lelaki ditahan reman selama seminggu bermula semalam hingga 19 Ogos manakala tiga suspek perempuan pula selama lima hari sehingga 17 Ogos.

“Kes disiasat di bawah Seksen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan Seksyen 8 Akta Seksual,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");