Jenayah

41 Warga Asing Ditahan

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen Selangor menahan 41 warga asing dalam serbuan di tapak pembinaan Alam Hijau di Seksyen 22 di sini, tengah malam tadi.

Pengarahnya, Omran Omar, berkata semua warga asing terbabit nyenyak tidur di rumah kongsi tapak pembinaan itu ketika serbuan jam 12.30 malam itu.

“Sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa Jabatan Imigresen, semuanya cuba melarikan diri dan ada yang dikesan bersembunyi.

“Susulan pemeriksaan terhadap 186 warga asing di kawasan itu, kami menahan 41 orang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Omran berkata, 33 warga asing ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tiada permit sah manakala lapan lagi ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

Katanya, mereka yang ditahan merangkumi 21 lelaki Indonesia, lapan lelaki Bangladesh, enam wanita Indonesia, masing-masing dua lelaki Nepal dan Vietnam serta seorang lelaki India dan seorang wanita Vietnam, berusia antara 20 hingga 50 tahun.

“Semua yang ditahan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen di Shah Alam untuk siasatan lanjut selepas operasi tamat kira-kira jam 3 pagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");