Perak Hari Ini

51 Pertubuhan Terima Kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah 2017 kepada 51 pertubuhan sukarela kebajikan seluruh Perak di Galeri Sultan Azlan Shah dekat sini pada Sabtu.

 

Turut mengiringi Baginda, Raja Datuk Seri Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Shah dan Raja Datuk Seri Azureen Almarhum Sultan Azlan Shah.

Antara pertubuhan yang menerima kurniaan tersebut ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak, Persatuan India Muslim Perak, Rumah Orang-Orang Tua Simee dan Pondok Kadir Al-Jaafar.

 

Pada masa sama, majlis turut dihadiri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Azlan Shah, Merangkap Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Zainal Adzam Abd Ghani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");