Perak Hari Ini

80% Usahawan Perak Masih Menjalankan Perniagaan Mikro

IPOH: 80 peratus dari 60,000 usahawan yang melibatkan 150,000 buah koperasi di seluruh negeri Perak masih menjalankan perniagaan mikro.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Shamsudin Abu Hassan berkata walaupun negara sedang menuju ke arah status negara maju namun jumlah usahawan yang mendapat hasil perolehan kurang dari RM200,00 setahun masih ramai.

“Apabila kita kumpulkan data pembangunan usahawan negeri dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi bertindak, kita dapati dalam 60,000 orang usahawan, 80 peratus dari mereka masih lagi menjalankan perniagaan mikro dan perkara ini kita ambil serius supaya mereka-mereka ini dapat kita lonjakan jumlah perolehan kepada lebih dari RM500,000”, katanya.

 

Tambah beliau, salah satu usaha yang dapat di ambil ialah melalui pembudayaan keusahawanan bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi malah dikalangan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika di temui di Karnival Keushawanan Sukses PUO-Focus anjuran Politeknik Ungku Umar dengan kerjasam  Meta Focus Aspiration Sdn. Bhd di Dewan Jubli Perak, di sini pada Khamis.

“Seperti usaha yang dilakukan oleh Politeknik Ungku Umar ini amat baik dan kerajaan negeri menyambut baik usaha ini yang pada sama membantu kita meningkatkan pembudayaan keushawanan dalam kalangan pelajar dan komuniti setempat .

“Seperti diberitahu kepada saya tadi, ada juga dalam kalangan pelajar di sini sudah memulakan langkah menjadi usahwan dan saya berharap agensi-agensi bertindak dapat membantu membangunkan usaha mereka ini,” ujarnya.

 

Tambah Shamsudin, melalui Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020 yang telah dilancarkan pada awal tahun ini, diharap para usahawan tempatan dapat merebut peluang dan inisiatif ini dalam membangunkan perniagaan mereka sebagai contoh menguasai bidang dan teknologi masa kini seperti yang termaktub dalam enam fokus utama pelan berkenaan.

Pada majlis perasmian berkenaan ia turut dihadiri Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Ungku Omar, Zubir Haniffah, Ketua Unit Keushawanan Politeknik Ungku Omar, Dr Mazura Mansor, Ketua Eksekutif Meta Focus Aspiration, Fuad Arif, Pengarah (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak, Basri Jasmo serta Pengarah SME Corp. Rozlan Mohamad Razalli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");