Perak Hari Ini

Ada Pihak Buang Sampah Dan Ugut Orang Awam-Zamri Man

Majlis Bandaraya Ipoh menyelar pihak-pihak yang bertindak seperti samseng dengan membuat sampah sesuka hati dan dalam masa sama mengugut masyarakat yang menegur sikap mereka.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, wujud segelintir pihak yang bertindak sedemkian sehingga menyebabkan masyarakat yang tinggal di kawasan berkenaan takut untuk melaporkan kepada MBI.

Jelas beliau, kadangkala tapak pembuangan sampah haram di sesuatu kawasan bukan diwujudkan oleh masyarakat setempat sebaliknya ia  berpunca dari pihak luar.

“Memang kita dapati banyak rungutan dari penduduk dimana ada pihak luar yang membuang sampah di kawasan ini dan hari ini memang nampak jelas bila kita turun padang, banyak sampah haram khususnya di bahagian kawasan bangunan komersial, kedai-kedai runcit telah ditinggalkan.

“Kita dapati, sampah ini berulang-ulang buangannya dimana ia terdiri daripada kotak-kotak daripada perniagaan dilaksanakan malah ada diantara mereka yang mengugut penduduk sekitar untuk tidak melaporkan.

“Tindakan seperti ini yang menyebabkan penduduk sekitar takut untuk membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun Zamri menambah, MBI akan mencari pendekatan alternatif bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, aspek pembuangan sampah bukanlah sesuatu yang boleh dikompromi kerana ia boleh memberi kesan dari segi kesihatan dan kebersihan kepada masyarakat sekeliling.

Kita sedang cari alternative bagaimana kita nak elakkan pihak-pihak seperti ini membuang sampah,” katanya lagi.

Terdahulu, Zamri ditemui selepas menghadiri program gotong-royong di Ampang dimana ia merupakan kesinambungan kepada kempen Perak Yang Bersih.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");