Perak Hari Ini

Agroto Model Pembangunan Terbaik Pertanian Tanah Tinggi

SIMPANG PULAI:Perak berhasrat menjadikan pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Agroto Business (M) Sdn Bhd di Kinta Hinglands di sini sebagai model pembangunan pertanian tanah tinggi terbaik di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Agroto yang merupakan pusat pengumpulan hasil tanaman terbesar di negara ini sesuai dijadikan contoh apabila melibatkan pertanian dengan teknologi yang canggih serta mementingkan penjagaan alam sekitar tanpa menjejaskannya.

Malah jelasnya, penggantungan terhadap hasil tanaman import juga dapat dikurangkan menerusi penghasilan produk tanaman Agroto yang setanding dengan luar negara.

“Pada mulanya kita terpaksa mendapatkan hasil sayuran yang berkualiti tinggi seperti timun, tomato hingga berbilion ringgit jadi dengan adanya Agroto sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap hasil import apabila segala operasi ladang hingga ke pembekal dijalankan di sini.

“Agroto juga mengikut piawaian yang tinggi dan menitik beratkan faktor alam sekitar dan ia menjadi pusat pengumpulan terbesar di negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menambah lagi mana-mana lokasi tanah tinggi untuk tujuan pertanian berikutan pembangunan itu memerlukan kawalan ketat supaya masalah pencemaran yang serius tidak berlaku.

Katanya lagi, penggunaan teknologi pertanian moden dari Denmark dan Itali berkaitan kaedah fertigasi dan pembenihan menjadikan mutu hasil tanaman Agroto cukup berkualiti dan baik.

“Hasil lawatan ke Belanda, terdapat satu syarikat pembenihan di sana berminat untuk berkerjasama dengan Agroto, malah tiada lagi pusat pengumpulan di negeri ini yang menggunakan teknologi canggih dan terkini seperti di Agroto,” katanya.

Agroto juga diminta agar terus meningkatkan mutu penghasilan tanaman, mengikuti undang-undang tersedia dalam usaha membuktikan negeri ini mampu setanding dengan melepasi piawaian kualiti luar negara seperti Eropah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");