Berita Hari Ini

AirAsia Tawar Tambang Serendah RM50 Ke 10 Negara

KUALA LUMPUR – AirAsia meraikan sambutan ulang tahun ASEAN ke-50 dengan tambang rendah serendah RM50 ke semua destinasi di rantau ini.

Ia termasuk Kuala Lumpur ke Langkawi, Johor Bahru, Pulau Pinang, Medan, Kalibo, Sihanoukville, Phnom Penh dan banyak lagi destinasi.

Tempahan boleh dibuat di airasia.com atau menggunakan aplikasi mudah alih AirAsia dari 7 hingga 13 Ogos 2017 menikmati tawaran itu.

Ia bagi penerbangan dari 7 Ogos hingga 8 Februari 2018 ke mana-mana destinasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Kemboja, Myanmar, Laos atau Vietnam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus ke semua 10 buah negara ASEAN.

“AirAsia juga menawarkan AirAsia Asean Pass yang membolehkan para tetamu melancong ke semua negara ASEAN pada kadar tetap dengan tempoh penerbangan hingga 60 hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");