Berita Hari Ini

Akibat Tangan Luar Biasa, Lelaki Ini Digelar Syaitan

SAKIT misteri ini telah menyebabkan tangan seorang budak lelaki dari Uttar Pradesh, India membesar sehingga 12 inci.

Lapor Dailymail.co.uk pada Jumaat, Tarik, 12, telah menderita penyakit berkenaan sejak lahir lagi.

Walaupun punca penyakit misteri itu tidak pernah dikenal pasti, tetapi para doktor memaklumkan bahawa Tarik bermungkinan menderita penyakit elephantiasis.

Disebabkan penyakitnya itu, ada penduduk setempat yang menggelarnya syaitan dan mereka percaya tangannya yang bersaiz besar dan ibarat belalai gajah itu adalah kesan dari sumpahan.

Tarik juga dipulaukan oleh jiran serta rakannya dan tidak dibenarkan ke sekolah kerana bimbang menakutkan pelajar lain.

Sejak kematian ayahnya, keluarga Tarik tidak mampu membiayai rawatannya di hospital.

Menurut Dr Pawan Kumar Gandhi, penyakit yang dihidapi Tarik tidak pernah ditemui dalam kalangan pesakit lain.

“Kemungkinan sakitnya ada kaitan dengan elephantiasis, namun kita belum dapat mengesahkannya,” katanya.

Namun begitu, Tarik berkata walaupun dia dipanggil dengan pelbagai gelaran yang teruk, dia tetap optimis bahawa sakitnya itu boleh pulih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");