Jenayah

Anggota RELA Maut Tertembak Diri Sendiri

KOTA BHARU: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) maut akibat tertembak diri sendiri ketika menunggang motosikal di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi, Mohd Roddin Hashim, 45, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di leher.

Difahamkan, senapang patah milik RELA yang diletakkan dalam raga motosikal meletup dengan sendiri menyebabkan pelurunya mengenai leher mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal bersama isterinya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata mangsa dalam perjalanan ke kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya untuk aktiviti berburu.

“Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai lesen senjata api yang sah. “Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Hasanuddin menasihati pemilik senjata api lama supaya menitikberatkan soal keselamatan termasuk berhati-hati ketika membawa senjata.

“Mereka perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika membawa senjata api lama,” katanya.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");