Membawang Hari Ini

Annabelle: Penonton Tidak Senang Duduk

SABAN tahun filem genre seram  dari produksi Hollywood, Asia mahupun tempatan sering menguasai pawagam kerana ada peminatnya sendiri.

Bagaimana pun tidak semua menarik perhatian.

Filem terbaru arahan David F Sandberg, Annabelle: Creation yang memasuki pawagam 10 Ogos memang ada kelainan malah antara filem seram yang cukup ditunggu tahun ini.

Merupakan spin off kepada filem The Conjuring yang berjaya meraih perhatian dunia sebelum ini, Annabelle: Creation tampil dengan menumpukan kepada patung Annabelle yang dirasuk kuasa jahat untuk menguasai manusia.

Ia merupakan kisah prekuel kepada filem Annabelle (2014) yang menceritakan asal usul patung ini dan bagaimana ia menjadi punca kekacauan hidup manusia di sekelilingnya.

Annabelle Creation mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri, Sam Mullin (Anthony LaPaglia) dan Esther Mullins (Miranda Otto) yang berdepan kematian tragis anak perempuan mereka, Bee dalam satu kemalangan.

Kehidupan mereka berubah kerana tidak dapat menerima kenyataan itu dan mula meminta bantuan kuasa halus untuk memanggil semula roh anak mereka agar kembali ke rumah.

Selepas 12 tahun berlalu, pasangan ini menawarkan rumah mereka untuk didiami sekumpulan anak yatim dan seorang rahib tetapi pelbagai kejadian seram berlaku di rumah tersebut.

Sandberg sebagai pengarah ternyata begitu kreatif mewujudkan sensasi seram berterusan sepanjang filem ini menerusi babak yang penuh kejutan.

Ketegangan dapat dilihat pada pertengahan jalan cerita apabila kuasa jahat ini semakin menyerang mangsa tanpa belas kasihan.

Kesan bunyi dan penataan cahaya membolehkan penonton  merasai ketakutan yang  dilalui setiap watak.

Ternyata filem kedua ini lebih menyeramkan, malah jauh lebih baik berbanding filem pertamanya yang memperkenalkan Annabelle sebelum ini dan menjadi ia sebuah karya yang cukup berbaloi untuk tontonan.

Penonton dicadangkan menunggu sehingga selesai ending credit kerana ada sesuatu yang menarik disajikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");