Berita Hari Ini

Annuar Tidak Berhasrat Sambung Khidmat Jadi Pengerusi Mara

KUALA LUMPUR:Tan Sri Annuar Musa tidak berhasrat menyambung khidmat sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) selepas empat tahun menyandang jawatan berkenaan yang bakal tamat pada 11 Ogos ini.

Lapor Bernama katanya, beliau sendiri telah menyerahkan surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 Ogos lepas memohon pertimbangan untuk tidak dilantik semula ke jawatan itu.

“Saya fikir masih ramai teman saya yang layak belum merasa untuk memegang jawatan berkenaan dan saya cadangkan (Najib selaku) presiden Umno memberi peluang kepada mereka untuk memegang jawatan tersebut.

“Bagi kepada orang lain untuk menyambung legasi ini dan saya bersyukur sepanjang MARA berada di bawah saya, tidak ada sebarang kontroversi yang berlaku serta keuntungan MARA meningkat… saya turut pertahankan perkara-perkara tertentu walaupun kadang kala saya tidak disukai oleh orang tertentu,” katanya.

Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu semalam.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh dilantik sebagai pengerusi MARA pada 19 Julai 2013 dan khidmatnya itu disambung pada 12 Ogos 2015.

Bagaimanapun, beliau digantung sebagai pengerusi Mara pada 31 Januari lepas susulan isu penajaan UniKL dan dakwaan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima jawatan itu jika dilantik semula, Annuar berkata, “Najib perlu meneliti rekod tugas dilakukannya sepanjang menjawat jawatan itu”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");