Perak Hari Ini

APMM Tahan Bot Nelayan Langgar Syarat Lesen

Lumut – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 3 Lumut telah menahan sebuah bot nelayan tempatan dari Hutan Melintang bersama seorang tekong warga tempatan dan dua awak-awak warganegara Myanmar pada jam 11.20 pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Wan Mat bin Wan Abdullah berkata penahanan bot berkenaan dibuat berikutan melakukan kesalahan melanggar syarat lesen.

Katanya, Kapal Maritim Nyalau yang diketuai oleh Leftenan Maritim Ahmad Shaifuruddin Bin Jamaluddin berpangkalan di Lumut telah menahan bot berkenaan ketika melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Malaysia.

Malah jelas beliau, Kapal Maritim Nyalau telah menahan tiga buah bot nelayan tempatan atas kesalahan yang sama Jumaat lalu.

”Hasil pemeriksaan mendapati bot-bot tersebut telah menjalankan aktiviti menangkap ikan yang melanggar syarat-syarat yang dinyatakan di dalam lesen kerana mengaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan masing-masing tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Tekong warga tempatan dan dua awak-awak warga Myanmar yang berumur antara 40 hingga 55 tahun di tahan kira -kira 8 batu nautika dari selatan Pulau Pangkor.

Menurutnya, kes tersebut akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imgiresen 1959/63.

Ujar beliau lagi, pihak Maritim Malaysia akan bertindak tegas terhadap mana-mana bot nelayan tempatan yang didapati melanggar syarat lesen menangkap ikan.

”Bot bersama tekong dan awak – awak kemudiannya diiringi balik ke jeti Kampong Acheh dan tiba pada 07 Ogos 2017 jam 6.00 petang untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");