Berita Hari Ini

ASEAN: Menteri Luar Bincang Isu Nuklear Korea Utara

MANILA: Nuklear Korea Utara menjadi antara isu di pentas Mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Filipina.

Mesyuarat mengambil kira ikrar Korea Selatan yang mahu meneruskan usaha memujuk Pyongyang ke meja rundingan.

Bagi tujuan itu, Menteri Luarnya, Kang Kyung Wha, berharap dapat bersemuka dengan Menteri Luar Korea Utara Ri Yong Ho dalam tempoh terdekat.

Katanya, Seoul turut optimis forum serantau ASEAN di Manila itu akan menjadi landasan menegur jirannya itu supaya tidak lagi mencetuskan provokasi demi keamanan di rantau Asia Timur dipetik dari laman portal Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");